Friday, 21 October 2011

BIDANG YANG SAYA MINATI.

             Setiap orang di dunia ini pasti mempunyai bidang kesukaan atau bidang yang diminati.Sesetengah orang meminati bidang kejuruteraan,bidang sastera atau bidang perubatan.Bagi saya,bidang yang saya minati terdapat dua aliran iaitu bidang sukan dan bidang matematik.

             Dalam bidang sukan,setiap orang pasti mempunyai sukan kegemaran mereka.Banyak aktiviti sukan yang boleh kita libatkan diri seperti bermain badminton,bola sepak,hoki bola keranjang dan juga olahraga.Untuk pengetahuan anda semua,bersukan dapat menyegarkan dan menyihatkan badan.Antara kebaikan yang seseorang itu boleh mendapat daripada bersukan ialah saluran darah akan berfungsi dengan lebih lancar. Selain itu,aktiviti bersukan juga dapat membantu badan seseorang untuk mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan.Bagi saya,sukan yang menjadi kegemaran saya sejak kecil lagi ialah bola sepak.Bola sepak merupakan sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan di mana setiap pasukan perlu mengandungi 11 orang pemain yang perlu memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawanya.Sekiranya ditanya kepada saya ,bagaimanakah saya terlibat atau terjebak dalam sukan bola sepak ini,saya akan mengatakan ayah sayalah punca utamanya.Semasa kecil,ayah saya selalu memebawa saya ke padang untuk melihat orang bermain bola sepak. Dari situlah titik permulaanya di mana saya mula belajar bagaimana cara-cara mengawal bola,mengelecek pemain,dan menimbang bola.

                    Ingin saya mengatakan bahawa,pengalaman mewakili peringkat sekolah merupakan pengalaman yang berharga dalam hidup saya.Hal ini kerana,semasa saya mewakili sekolah dalam acara bola sepak,pasukan bola sepak sekolah saya telah berjaya menggondol pingat emas di peringkat daerah.Lebih manisnya lagi ialah,dalam sejarah sekolah itulah kali pertama mereka menjuarai acara bola sepak.Pengalaman berharga dan manis seperti ini tidak akan saya lupakan sepanjang hayat saya.

                  Dalam bidang akademik pula,sesetengah orang lebih meminati bidang sastera seperti bahasa melayu dan sejarah manakala terdapat sesetengah orang lain yang lebih meminati atau menyukai bidang sains seperti kimia,fizikdan matematik.Bagi saya,matematik merupakan bidang yang ingin saya kuasai kerana minat saya terhadap nombor.Untuk pengetahuan anda semua,matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda seseorang untuk berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta membuat keputusan.Matematik merupakan sesuatu yang menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran seseorang.Tidak dapat disangkal bahawa matematik memainkan peranan yang penting dalam memantapkan pembangunan negara.Contohnya,semasa membina bangunan KLCC ,aplikasi matematik telah digunakan supaya bangunan tersebut tidak mudah runtuh dan berada dalam keadaan stabil.

                  Saya mula meminati subjek matematik semasa saya belajar darjah enam.Itulah kali pertama di mana saya mencatat markah tertinggi di dalam kelas dan saya berjaya mengekalkan markah saya sepanjang tahun tersebut.Kemudian saya telah melangkah ke tingkatan satu,tingkatan dua dan tingkatan tiga dan ingin saya meluahkan bahawa sepanjang saya belajar dari tingkatan satu sehingga tingkatan tiga,minat saya terhadap matematik telah bertambah dan setiap kali menduduki peperiksaan ,saya berjaya memperolehi markah tertinggi dalam kelas.Sebagai hasil daripada usaha saya,saya berjaya memperolehi A dalam peperiksaan PMR.Semasa saya berada dalam tiingkatan empat dan lima saya mengalami kesukaran dalam memahami matematik.Hal ini kerana ,matematik terbahagi kepada dua aliran iaitu matematik moden dan matematik tambahan.Walaupun sukar memahami tajuk-tajuk seperti `differentation",berkat usaha dan kegigihan yang sya tunjukan telah membuah hasil apabila saya berjaya memperolehi A1 dalam  kedua -dua subjek tersebut.

                 Kesimpulannya,tidak kira bidang apa yang di minati oleh seseorang tetapi sekiranya usaha dan kerja keras ditunjukkan,pasti seseorang itu boleh menguasai bidang tersebut.
               

Monday, 10 October 2011

LIMA TAHUN AKAN DATANG,SIAPALAH SAYA?

           Setiap orang di dunia ini pasti ingin membuat sesuatu yang berfaedah.Walaupun bukan untuk diri sendiri,mereka ingin membuat perkara yang mendatangkan faedah atau berguna kepada orang lain yang memerlukan pertolongan.Seseorang yang suka menolong atau membantu orang lain,selalunya disenangi oleh masyarakat sekeliling.Sikap tolong-menolong yang diamalkan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia memperolehi kebahagian dan hidup yang sempurna.    

             Dengan cara hidup seperti ini , maka mekarlah rasa kasih-sayang sesama kita.Perasaan kasih-sayang sesama manusia amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan majmuk.Seseorang itu tidak patut melihat warna kulit atau agama sesama memberi bantuan.Contohnya,apabila seorang cina mengalami kemalangan,tidak semestinya seseorang yang beragama cina sahaja yang boleh bantu dia sebaliknya orang melayu dan india juga boleh membantu dia.Ini membuktikan sikap tolong-menolong sesama kaum boleh membentuk negara yang aman dan harmoni.

             Satu lagi perkara yang ingin saya tekankan ialah manusia di dunia ini tidak dapat hidup secara bersendirian.Manusia di dunia perlu tunjang menunjang antara satu sama lain.Oleh itu,hindarilah rasa dan sikap hidup yang mementingkan diri sendiri.Hal ini kerana,sikap mementingkan diri sendiri bukan sahaja satu tabiat yang buruk tetapi juga akan mendatangkan keburukan kepada diri sendiri.Sikap mementingkan diri sendiri boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat bergaul dengan masyarakat.

             Ingatlah bahawa kita semua merupakan ciptaan Tuhan.Setiap orang pasti memerlukan bantuan dan kita harus memberi bantuan kepada orang yang mengalami kesusahan tanpa mengira bangsa dan agama.Hanya Tuhan sahaja yang tidak perlukan bantuan daripada sesiapa.Sama ada seseorang itu orang kaya atau miskin,pandai atau bodoh,baik atau jahat,perbezaan ini dicipta oleh Tuhan supaya kita saling tolong-menolong antara satu sama lain.Perbezaan kebolehan seseorang bukanlah untuk dipertandingkan atau menyombong diri ataupun untuk berbangga-bangga sebaliknya ia adalah menyumbang kepada orang yang memerlukan agar masing-masing berasakan diri mereka diperlukan,dihormati dan dikasihi satu sama lain.

              Pokoknya,sikap tolong-menolong seperti inilah yang ingin saya bentukkan dalam diri saya bagi tempoh lima tahun akan datang.Dalam tempoh lima tahun akan datang,saya ingin menjadi seseorang yang disegani dan disanjung oleh orang ramai bukan kerana atas kejayaan saya dalam bidang akademik tetapi akan sumbangan dan pertolongan yang saya lakukan terhadap masyarakat Malaysia.

Tuesday, 4 October 2011

HARI PERTAMA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

              Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk mengenggam segulung ijazah di universiti.Mereka ingin merasai pengalaman belajar di universiti.Universiti merupakan tempat di mana seseorang itu mengecapi kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun sukan. Inilah yang berlaku kepada diri saya di mana saya menerima surat tawaran rasmi untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia.
         
              7 september 2011 merupakan hari pertama saya berada di kampus Universiti Utara Malaysia.Perasaan gementar mula menguasai diri saya kerana ramai orang termasuk ibu bapa dan penuntut penuntut baru berkumpul di laman universiti.Selepas mendaftar,saya terus ke bilik saya bersama ibu bapa saya untuk mengemas bilik dan menyusun barang.Pada hari tersebutlah saya berkenalan dengan rakan sebilik saya.Tuah nampaknya memihak diri saya apabila rakan sebilik saya juga mengambil jurusan yang sama seperti saya iaitu Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa.Saya juga berkenalan dengan beberapa orang penuntut lama yang kebanyakan daripada mereka merupakan penuntut tahun kedua dan ketiga.

            Semasa berkenalan dengan senior,saya berasa gembira kerana beberapa orang penuntut lama berkongsi pengalaman manis mereka ketika mereka menuntut di universiti ini.Selepas itu,semua penuntut baru termasuk saya diberi taklimat dan peraturan yang perlu diikuti oleh pengetua dpp.Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah semasa hari kuliah.semua penuntut haruslah memakai pakaian formal.Tujuan peraturan ini ditetapkan ialah untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berfikiran positif.

           Selepas diberi taklimat,penuntut baru dibawa mengelilingi kampus universiti.Satu perkara yang membuat saya mengagum tentang universiti ini ialah  kehijau-hijauan tumbuhannya.Selain itu, banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti.Kolam renang bersaiz Olimpik dan litar go-kart membuktikan Universiti Utara Malaysia berada pada kelas tersendirinya.

               Akhirnya,tibalah masa untuk berpisah dengan keluarga saya.Saya berasa sangat sedih semasa ibu bapa saya meninggalkan saya seorang di bilik.Tetapi,ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar dan berjanji kepada mereka bahawa saya pasti akan mengenggam segulung ijazah dengan lulusan kelas pertama.