Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk mengenggam segulung ijazah di universiti.Mereka ingin merasai pengalaman belajar di universiti.Universiti merupakan tempat di mana seseorang itu mengecapi kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun sukan. Inilah yang berlaku kepada diri saya di mana saya menerima surat tawaran rasmi untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia.
7 september 2011 merupakan hari pertama saya berada di kampus Universiti Utara Malaysia.Perasaan gementar mula menguasai diri saya kerana ramai orang termasuk ibu bapa dan penuntut penuntut baru berkumpul di laman universiti.Selepas mendaftar,saya terus ke bilik saya bersama ibu bapa saya untuk mengemas bilik dan menyusun barang.Pada hari tersebutlah saya berkenalan dengan rakan sebilik saya.Tuah nampaknya memihak diri saya apabila rakan sebilik saya juga mengambil jurusan yang sama seperti saya iaitu Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa.Saya juga berkenalan dengan beberapa orang penuntut lama yang kebanyakan daripada mereka merupakan penuntut tahun kedua dan ketiga.
Semasa berkenalan dengan senior,saya berasa gembira kerana beberapa orang penuntut lama berkongsi pengalaman manis mereka ketika mereka menuntut di universiti ini.Selepas itu,semua penuntut baru termasuk saya diberi taklimat dan peraturan yang perlu diikuti oleh pengetua dpp.Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah semasa hari kuliah.semua penuntut haruslah memakai pakaian formal.Tujuan peraturan ini ditetapkan ialah untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berfikiran positif.
Selepas diberi taklimat,penuntut baru dibawa mengelilingi kampus universiti.Satu perkara yang membuat saya mengagum tentang universiti ini ialah kehijau-hijauan tumbuhannya.Selain itu, banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti.Kolam renang bersaiz Olimpik dan litar go-kart membuktikan Universiti Utara Malaysia berada pada kelas tersendirinya.
Akhirnya,tibalah masa untuk berpisah dengan keluarga saya.Saya berasa sangat sedih semasa ibu bapa saya meninggalkan saya seorang di bilik.Tetapi,ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar dan berjanji kepada mereka bahawa saya pasti akan mengenggam segulung ijazah dengan lulusan kelas pertama.
No comments:
Post a Comment