Monday, 10 October 2011

LIMA TAHUN AKAN DATANG,SIAPALAH SAYA?

           Setiap orang di dunia ini pasti ingin membuat sesuatu yang berfaedah.Walaupun bukan untuk diri sendiri,mereka ingin membuat perkara yang mendatangkan faedah atau berguna kepada orang lain yang memerlukan pertolongan.Seseorang yang suka menolong atau membantu orang lain,selalunya disenangi oleh masyarakat sekeliling.Sikap tolong-menolong yang diamalkan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia memperolehi kebahagian dan hidup yang sempurna.    

             Dengan cara hidup seperti ini , maka mekarlah rasa kasih-sayang sesama kita.Perasaan kasih-sayang sesama manusia amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan majmuk.Seseorang itu tidak patut melihat warna kulit atau agama sesama memberi bantuan.Contohnya,apabila seorang cina mengalami kemalangan,tidak semestinya seseorang yang beragama cina sahaja yang boleh bantu dia sebaliknya orang melayu dan india juga boleh membantu dia.Ini membuktikan sikap tolong-menolong sesama kaum boleh membentuk negara yang aman dan harmoni.

             Satu lagi perkara yang ingin saya tekankan ialah manusia di dunia ini tidak dapat hidup secara bersendirian.Manusia di dunia perlu tunjang menunjang antara satu sama lain.Oleh itu,hindarilah rasa dan sikap hidup yang mementingkan diri sendiri.Hal ini kerana,sikap mementingkan diri sendiri bukan sahaja satu tabiat yang buruk tetapi juga akan mendatangkan keburukan kepada diri sendiri.Sikap mementingkan diri sendiri boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat bergaul dengan masyarakat.

             Ingatlah bahawa kita semua merupakan ciptaan Tuhan.Setiap orang pasti memerlukan bantuan dan kita harus memberi bantuan kepada orang yang mengalami kesusahan tanpa mengira bangsa dan agama.Hanya Tuhan sahaja yang tidak perlukan bantuan daripada sesiapa.Sama ada seseorang itu orang kaya atau miskin,pandai atau bodoh,baik atau jahat,perbezaan ini dicipta oleh Tuhan supaya kita saling tolong-menolong antara satu sama lain.Perbezaan kebolehan seseorang bukanlah untuk dipertandingkan atau menyombong diri ataupun untuk berbangga-bangga sebaliknya ia adalah menyumbang kepada orang yang memerlukan agar masing-masing berasakan diri mereka diperlukan,dihormati dan dikasihi satu sama lain.

              Pokoknya,sikap tolong-menolong seperti inilah yang ingin saya bentukkan dalam diri saya bagi tempoh lima tahun akan datang.Dalam tempoh lima tahun akan datang,saya ingin menjadi seseorang yang disegani dan disanjung oleh orang ramai bukan kerana atas kejayaan saya dalam bidang akademik tetapi akan sumbangan dan pertolongan yang saya lakukan terhadap masyarakat Malaysia.

No comments:

Post a Comment