Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja pada masa kini.Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar dalam akademik malah boleh menganggu perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara..Kegiatan gengsterisme ini perlu ditangani secara serius kerana gengsterisme boleh mempengaruhi remaja untuk membabitkan diri dalam kegiatan lain seperti menagih dadah, menghisap rokok,ketagihan alkohol dan lain-lain.
Salah satu faktor yang menyumbangkan kepada kegiatan gengsterisme ialah ibu bapa kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka.Arus pemodenan yang berkembang dengan pesat sekali di dalam negara adalah penting untuk meningkat taraf kehidupan rakyat tetapi sesetengah ibu bapa lebih cenderung untuk mengumpul kekayaan dan bekerja hingga lewat malam menyebabkan anak-anak mereka ini terabai dan tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja dari pagi hingga ke malam untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan hidup.Maka ini menyebabkan anak-anak mereka berasa diri mereka tidak sayangi dan ini menyebabkan mereka terjebak dalam kegiatan negatif ini.
Selain itu,pengaruh daripada rakan sebaya juga menjadi punca kegiatan gengsterisme menular di kalangan remaja.Rakan sebaya merupakan teman yang paling rapat dalam kehidupan seseorang remaja.Kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terjebak ke gejala sosial.Disamping itu,pengaruh yang kuat daripada rakan-rakan akan menyebabkan sebilangan besar pelajar diambil menjadi ahli kumpulan geng.Aktiviti mereka yang bersifat memberontak seperti merosakkan harta benda sekolah dan awam, menghisap rokok dan lain-lain lagi.Oleh itu,remaja haruslah pandai memilih kawan supaya dapat mengekalkan kehidupan yang betul dan tidak terjebak dalam gejala sosial
Selain tu,media massa turut memainkan perana yang penting dalam mempengaruhi pergerakan remaja.Aksi,pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan di televisyen menjadi ikutan para remaja sehingga pelakon tersebut menjadi`role model' bagi golongan remaja.Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung. Hal ini kerana,walaupun diakui media massa merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan penonton tetapi pada waktu yang sama ia boleh membawa penonton ke jalan yang salah terutamanya dikalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.
Kurang didikan agama turut mendorong kepada peningkatan aktiviti gengsterisme.Sekiranya didikan agama kukuh di dalam diri individu,maka secara langsung ia boleh mengelakkan remaja tersebut daripada terjebak dalam kegiatan gengsterisme ini.Keluarga yang kurang didikan agama juga boleh menyebabkan anak remaja mereka mereka tidak mengetahui tentang nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik dan ini menyebabkan mereka terperangkap dalam kegiatan gengsterisme.
Kesimpulannya,remaja adalah kempulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.Mereka adalah aset kekayaan negara yang memegang peranan penting dalam pembangunan negara.Maka,semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini.Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan,langkah-langkah drastik haruslah dilaksanakan oleh semua pihak.Sama-samalah kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteGood
Super
ReplyDelete